You are currently viewing BEIJING – INNER MONGOLIA (6 Hari 4 Malam)

BEIJING – INNER MONGOLIA (6 Hari 4 Malam)

BEIJING – INNER MONGOLIA (6 Hari 4 Malam)

Pilih Tarikh Anda

Gambaran Keseluruhan

🏯 Selami Keindahan Beijing – Gabungan Sejarah, Budaya & Kemodenan China

Pakej percutian ke Beijing ini menjanjikan pengalaman luar biasa menerokai kota bersejarah dan ibu negara moden yang dinamik. Terokai daya tarikan abadi China – dari keajaiban seni bina klasik, budaya tempatan yang kaya, sehinggalah teknologi serta gaya hidup moden yang membentuk Beijing masa kini. Pakej ini direka untuk memberikan pengalaman menyeluruh yang menyeronokkan dan bebas stres.

Kenapa Pilih Pakej Percutian ke Beijing & Inner Mongolia Bersama Tripfez?

🧭 Kumpulan Kecil & Eksklusif – Sertai kumpulan kecil untuk pengalaman lebih selesa dan fokus, dengan lawatan ke destinasi terpilih seperti Beijing, Inner Mongolia & Taiwan.

✈️ Penerbangan Terus dari Malaysia Airlines – Nikmati perjalanan mudah tanpa transit dengan penerbangan terus dari Malaysia – selesa dan menjimatkan masa.

🧑‍💼 Tour Leader Berpengalaman dari Malaysia – Memastikan perjalanan anda berjalan lancar, menyeronokkan dan bebas masalah komunikasi sepanjang trip.

🛡️ Insurans Perjalanan Komprehensif – Melindungi anda daripada risiko semasa melancong termasuk kemalangan, kesihatan dan kejadian luar jangka.

🍱 Pilihan Makanan Halal & Vegan yang Lazat – Nikmati makanan halal yang segar serta pilihan vegan sesuai untuk keperluan Muslim dan vegetarian.

🏨 Penginapan Hotel 4–5 Bintang di Lokasi Strategik – Menginap di hotel terletak berhampiran pusat tarikan utama dengan akses mudah untuk aktiviti lawatan dan membeli-belah.

Pengalaman Bermalam di Mongolian Yurt Tradisional – Rasai suasana autentik bermalam di penginapan tradisional Mongolia – unik dan memori yang tidak dapat dilupakan.

🚄 Bullet Train Percuma – Naik kereta api laju (bullet train) secara percuma – pengalaman istimewa dengan kelajuan dan keselesaan kelas dunia.

Pakej Mesra Muslim, Sesuai Untuk Semua Jenis Pelancong

Sama ada anda melancong bersama keluarga, pasangan atau secara solo, pakej ini sesuai untuk anda yang mahukan keseimbangan antara sejarah, budaya, makanan halal, kemodenan dan keselesaan. Semua keperluan diuruskan – anda hanya perlu hadir dan menikmati perjalanan yang dirancang khas.

Available Flights

Terma & Syarat / Terms & Conditions

Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan. Sebarang pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak bertanggungjawab atas apa – apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung. 

Harga Pakej

  TRIPLE TWIN SINGLE
Adult
12 years and above
MYR 3,380
MYR 3,680
MYR 3,380
MYR 3,680
MYR 3,680
MYR 3,980
Child w/bed
6 to 11 years
 
MYR 3,180
MYR 3,180
 
Child without bed
2 to 5 years
 
MYR 2,980
MYR 2,980
 
Infant
upto 2 years
 
MYR 1,500
MYR 1,500
 

Tempat Menarik

Xilamuren Grassland

Rasai kehidupan nomad di Xilamuren Grassland, terkenal dengan landskap luas, berkuda dan pengalaman ger Mongolia.

Hohhot

Lawati Hohhot, ibu kota Mongolia Dalam yang kaya dengan budaya etnik dan sejarah Buddha.

Mongolian Sing & Dance

Nikmati persembahan Mongolian Sing & Dance, yang memaparkan warisan unik masyarakat nomad.

Great Wall of China

Terokai keajaiban dunia di Great Wall of China, lambang kekuatan dan sejarah ketamadunan China.

Tian An Men Square

Kunjungi Tian An Men Square, dataran terbesar di dunia dan lokasi bersejarah di Beijing.

Summer Palace

Bersantai di Summer Palace, taman diraja yang terkenal dengan tasik dan seni bina klasik.

Xiushui Market

Beli barangan sutera, kraftangan, dan cenderamata di Xiushui Market (Silk Market) yang popular dalam kalangan pelancong.

Acrobatic Show

Saksikan Acrobatic Show, pertunjukan memukau yang mempamerkan kelincahan dan seni tradisional.

HARI 1 / DAY 1

KUALA LUMPUR – BEIJING
  • Berkumpul di KLIA untuk urusan daftar masuk.
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

HARI 2 / DAY 2

BEIJING 
  • Setibanya di Beijing, akan meneruskan lawatan ke Summer Palace.
  • Bergambar di Olympic Village serta perlbagai jenis mural dan monumen berkaitan Olimpik.
  • Melawat Bird Nest, merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
  • Melawat Water Cube, salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
  • Teruskan lawatan ke Jade Center dan enjoy Acrobatic Show.
  • Daftar masuk Hotel di Beijing

HARI 3 / DAY 3

BEIJING – HOHHOT – XILAMUREN GRASSLAND
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bergerak ke Station Keretapi Laju (Bullet Train) ke Hohhot, Inner Mongolia.
  • Tiba di station keretapi Hohhot, bergerak ke Xilamuren Grassland.
  • Di Xilamuren Grassland boleh mendapatkan pengalaman yang menarik seperti menunggang Kuda, memakai pakaian tradisional (optional) dan menyaksikan pertunjukan Mongolia Sing & Dance oleh lokal di Inner Mongolia
  • Bermalam di Modern Mongolian Yurt.

Optional:

  • Menunggang Kuda: RM 380 perpax.

HARI 4 / DAY 4

HOHHOT – BEIJING
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bergerak ke station Keretapi Laju (Bullet Train) ke Beijing.
  • Lawatan di Beijing termasuk Great Wall of China, yang merupakan tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China
  • Lawatan ke Baoshutang
  • Lawatan ke Tongrentang
  • Bermalam di Beijing.

HARI 5 / DAY 5

BEIJING CITY TOUR
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan di Beijing termasuk Tian An Men Square antara dataran yang penuh dengan sejarah China.
  • Melawat Forbidden City, Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court.
  • Singgah solat di masjid tertua di Beijing, Niujie Mosque, dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah di serang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
  • Bersiar-siar dan membeli belah di Muslim Supermarket, antara lokasi pilihan untuk dapatkan barangan yang halal rempah-ratus, sayur-sayuran, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain
  • Bersiar-siar dan membeli belah di Xiushui Market, terkenal sebagai Silk Street. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi 6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan cenderamata selain sutera.
  • Bermalam di Beijing.

HARI 6 / DAY 6

BEIJING – KUALA LUMPUR
  • Daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Beijing.
  • Penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur.

Nota:

** Ini adalah atucara normal mengikut standard aturcara di Malaysia.
** Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan semasa.
** Aturcara yang tepat akan diberi seminggu sebelum penerbangan.

Pakej Termasuk

Penginapan

  • Tiket penerbangan Pergi & pulang (Kelas Ekonomi)
  • 30kg bagasi dan tempat duduk standard
  • 4 malam di hotel (3-4 bintang) atau hotel serupa
  • Bas berhawa dingin dengan pemandu

Melawat ke Tempat Lawatan

  • Lawatan pelancongan mengikut jadual perjalanan
  • Yuran kemasukan ke tempat lawatan mengikut jadual perjalanan

Tips

  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas  (Penerbangan Ogos ke atas sahaja)

Makanan

  • Makanan seperti yang disebut dalam jadual perjalanan
  • Makanan di dalam kapal terbang
  • Makanan Halal Disediakan

Ketua Pemandu Pelancong

  • Pemandu pelancong profesional berbahasa Inggeris
  • Ketua lawatan berpengalaman dari Tripfez Travel

Minuman atau Air

  • Setiap peserta akan terima satu botol air mineral disediakan setiap hari.

Insurans

  • Insurans perjalanan percuma (kumpulan)

Pakej Tidak Termasuk

Caj Tambahan

  • Harga yang ditawarkan semasa waktu puncak, festival dan cuti umum
  • Tiket bayaran ke tempat yang tidak disebutkan dalam jadual perjalanan.
  • Caj tambahan ke atas had bagasi berlebihan

Servis Tambahan

  • Cuci Pakaian
  • Snek
  • Minibar
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

Insurans

  • Lindungan Insurans Tambahan
  • Lindungan insurans untuk peserta berumur 65 tahun ke atas

Tips

  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas @ RM 100/seorang (wajib) (Jan – Jul 25)

Makanan & Minuman

  • Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan

Lain-lain

  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan

BEIJING – INNER MONGOLIA (6 Hari 4 Malam)

Harga DariMYR3,680
MYR 3,380 /Adult
All-Inclusive

*Harga berdasarkan dari Twin Sharing Room

6 HARI 4 MALAM

Blogs

FAQs

Anda hanya perlu menyediakan perbelanjaan untuk membeli-belah & aktiviti “Free & Easy”.

Tak perlu risau! Hotel kami akan terletak berhampiran pengangkutan awam seperti subway dan bas. Anda hanya perlu membeli Kad T-Money di kedai serbaneka dan meneroka Seoul dengan bebas!

Sudah tentu, kami akan berhenti untuk solat. Kebanyakan restoran mempunyai ruang untuk menunaikan solat (Semasa Makan Tengah Hari).

Kami akan memproses permohonan bagi pihak pelanggan. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh K-Eta adalah muktamad dan di luar kawalan Tripfez Travel & Tours.

Ya, perjalanan kami akan menggunakan bas persendirian yang sangat selesa dan kondusif, meminimumkan keperluan untuk berjalan kaki berbanding menggunakan pengangkutan awam.